Alhamdulillah dalam kesibukan seharian, kami sempat meluangkan masa melaksanakan ibadah Umrah di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah & Ziarah di Kota Suci Madinah Al-Munawwarah. Sebak rasa hati bila berpeluang menziarahi makam Nabi Muhammad SAW dan menyentuh Kaabah Baitullah. Semoga ibadah ini bukanlah yang terakhir buat kami. AMIN....
Program Ziarah & Umrah ini juga diselangi dengan program lawatan ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah & Kota Mekah. Kami juga berkesempatan menziarahi ke rumah Tn.Hj.Zul sekeluarga dan bersantai di sekitar bandar Jeddah untuk selama 3 hari 2 malam. Masakan Cik Mazuin memang menyelerakan dan ditambah pulak dengan Kicap Cap Kipas Udang dari tanahair :P . Boleh la kita panggil Cik Mazuin Caterer Sdn.Bhd.utk kenduri rumah baru Ibu Melati nanti. LOL
Terimakasih kepada mutawwif kami Tn.Hj.Jaafar Nasution yang memberi tunjuk ajar dan panduan semasa melaksanakan Umrah & Ziarah ini.