Dulu dulu waktu malam 7 likur kekanak biasanya meriah dan bergembira main bunga api, mercun & meriam buluh, tapi sekarang nih semua tuh dah diharamkan. Tahun ni tak de la kedengaran dentuman mercun dan meriam buluh dan ketawa riang kekanak main bunga api walaupun masih kedengaran ada yang meraung dek kerana jari putus main mercun buatan sendiri.
Nasib baik anak cucu Cikgu Zul takde yang degil macam anak anak orang lain tuh. Dah berbuih gomen bagitahu jangan main mercun, masih lagi ada yang putus jari & terbakar muka. :-( :rant:
Malam 7 Likur tahun ni keluarga Cikgu Zul berbuka puasa bersama di rumah baru Ibu Melati. Seperti yang dijangkakan, sebagai host, Cik Melati yang paling riuh menyambut 'kengkawan' yang datang ke rumah dia :-> . Lepas berbuka puasa (sambil membuka baju utk Hj.Zul), kami semua bergambar sakan ngan kamera baru Yg.Arif.